Apa Itu Forex?
Forex singkatan bahasa inggeris bagi FOREIGN EXCHANGE diterjemah ke Bahasa Malaysia bermaksud PERTUKARAN MATAWANG ASING. Secara ringkas, FOREX adalah pasaran matawang dunia di mana matawang dibeli dan dijual oleh saudagar-saudagar FOREX dan bank-bank seluruh dunia. Sebelum tahun 1996, pasaran ini hanya dibuka kepada ahli-ahli exclusive, yang terdiri daripada Bank, Institusi Pelaburan dan individu berpengaruh (High Net Worth Individuals), konglomerat multi millionaire seperti George Soros sahaja kerana modal permulaan sebanyak USD10 Juta diperlukan untuk memasuki pasaran ini. Oleh itu, pasaran forex ketika itu tidaklah popular dikalangan pelabur biasa kerana ramai yang tidak mampu dan tidak dibenarkan melabur di dalam forex. Jumlah dagangan harian juga di bawah USD500 juta setiap hari sahaja. Kemudian, pada tahun 1996, forex dibuka kepada orang ramai selepas diluluskan buat pertama kali oleh Presiden Amerika ketika itu, Bill Clinton. Semenjak itu, broker-broker forex tumbuh bagaikan cendawan dan jumlah dagangan terus meningkat setiap tahun.
Kini, purata dagangan harian forex mencapai USD 4.7 trillion setiap hari. Pasaran FOREX amat berkuasa sehingga dapat menjatuhkan ekonomi sesuatu negara dalam sekelip mata (Contoh di Russia dan Indonesia). Ingatkah anda siapa George Soros? Beliau sangat bijak menggunakan kuasa yang ada pada pasaran forex bagi mendapat keuntungan melebihi USD1 billion dalam sekelip mata sahaja. Kini, broker forex semakin bertambah banyak dan akibat dari pada saingan broker forex di internet.
Forex adalah suatu instrument pelaburan dunia yang terbesar dengan jumlah dagangan harian melebihi USD2.5 trillion sehari, jauh melebihi jumlah dagangan di mana-mana bursa saham dunia. Pasaran forex di buka 24 jam sehari tanpa henti, 5 hari seminggu. Jumlah dagangan (volume) forex adalah melebihi 4 hingga 5 kali saiz pasaranniaga hadapan (futures) US. Forex juga adalah merupakan pelaburan utama bagi bank-bank perdagangan utama, bank pusat (central bank dan bank-bank komersial di seluruh dunia. Dagangan forex adalah dagangan 2 hala. Bermakna, anda boleh mengaut keuntungan semasa aliran pasaran jatuh dan juga naik. Oleh kerana forex diniagakan 2 hala dan jumlah dagangan forex yang tinggi ini, semua orang berpeluang untuk mengaut keuntungan dan kekayaan melaluinya, dengan syarat anda tahu bagaimana caranya.
Forex bebas dari sebarang caj komisen seperti yang di amalkan di pasaran saham. Ianya juga memberikan ‘leverage’ yang tinggi terhadap modal. Hasil leverage yang tinggi ini membolehkan kita berdagang forex dengan memiliki sejumlah besar nilai matawang walaupun kita haya mengeluarkan modal yag kecil. Leverege ini akan diterangkan dalam bab selanjutnya Hasil gabungan program komputer yang baik, 'skill' dan pengalaman dalam menganalisa pasaran secara fundamental ataupun secara teknikal, anda dengan mudahnya dapat mengaut keuntungan yang banyak disamping dapat meminimakan risiko kerugian. Kekayaan yang tidak terbatas yang tidak seharusnya anda persiakankan begitu saja. Memang rugi sungguh sesiapa yang tidak manfaatkan sumber kekayaan ini.